Ahad, 18 Oktober 2015

POLISI SYARIKAT ( JANGAN SILAP LANGKAH )






POLISI SYARIKAT KAMI 
( Demi Kepentingan Bersama )


HALAMAN KEMASKINI ITEM

1. Halaman ini akan tetap kekal wujud

2. Item akan di jadualkan secara rawak tanpa giliran gambar halaman kemaskini 

LOCK DAN UNLOCK 

1. 1 Individu hanya Boleh Lock 5 barang dalam sesuatu masa tidak kira sama jenis atau tidak, dalam 1 kumpulan atau lebih

2. Unlock Jika menghadapi kesulitan membayar hendaklah diumumkan di bawah LOCK anda sebelum tempoh 2 hari ( 48 jam ) , jika anda kerap unlock dalam tempoh 3 hari maka id anda akan disenarai hitamkan dan di pamirkan di 1 halaman khas

3. Lock untuk kawan ( wakil ) di dalam GB Adalah DIBENARKAN




LOCK BERKOD 

1. Boleh Lock Hanya 1A, 2A dan seterusnya tanpa memasukkan kod penuh , namun perlu memasukkan kod penuh bila sms pihak kami untuk pesanan penghantaran

2.  Bagi 1 barang ( tunggal ) dalam sesuatu halaman jualan Hanya Sebut "LOCK" sahaja 



GRAB / QUICK GRAB 

1. Dalam tempoh 12 jam sahaja dari Ulasan Grab Tadi, Jika Tidak Boleh / terhalang ,maka Boleh dilanjutkan dalam tempoh 24 jam sahaja , namun perlu memaklumkan di bawah ulasan " GRAB " anda itu. 



PAYMENT DONE 

1. WAJIB di letakkan di bawah ulasan " LOCK " atau " GRAB " Atau "LOCK 1A / 2A dan seterusnya "

2. Item yang tiada ulasan " PAYMENT DONE " dan jika di bayar orang lain , maka item tersebut akan di hantarkan kepada yang mana terdahulu SMS / WHATSUP kami bahawa PAYMENT DONE beserta Maklumat berkaitan



MAKLUMAT PEMBAYARAN 

1. WAJIB hantar Gambar / Print Screen ke VIBER @ Whatsup Ke 017-8259540 / 01117775251.  Selain Nombor ini Maka Jangan Marah Jika order anda keciciran dan penghantaran menjadi lambat 

2. Boleh juga MMS sahaja jika handphone anda tak canggih



Sila emailkan Maklumat Berkaitan dan tidak perlu Sms/Whatsup... Di Jamin Order anda sampai kepada kami.



Tak perlu sms lagi, memang akan masuk terus ke dalam sistem kami .

Silakan cuba sistem ini dan lihat barang anda sampai tak dalam masa 3 hari.. sistem ini tiada servis menjawab pertanyaan

BANK-IN PEMBAYARAN 

1. Setiap Bankin Hanya Untuk blog yang sudah ditetapkan, Jika anda sudah terbayar ke GB kemudian nak unlock hanya untuk LOCK di blog lain dalam kumpulan kami ( GB ) , maka permintaan anda tidak akan DILAYAN , 1 blog 1 bajet... anda kena tahu HITUNG bajet anda dan apa item yang anda mahu dari kumpulan kami.

2. Pembayaran melalui Lain bank selain MAYBANK, Bila CLEAR sahaja item akan di hantar / pos






DEPOSIT @ KREDIT A.K.A HUTANG !!!!

1. Deposit 50% dari nilai hanya dibenarkan bagi PEMBELIAN RM 700 Ke atas 


2. Deposit RM 50 atau bukan bernilai 50% akan di anggap ": WANG UNTUK KAMI KEMBALIKAN SEGERA "

3. Deposit yang melebihi tempoh PERJANJIAN akan di Anggap HANGUS ( No Nego In Trust )

4. Tempoh Lock Berdeposit hanya SEMINGGU SAHAJA





PEMBELIAN ATAS LOCK ORANG LAIN 

1. Ada sesetengah individu yang enggan mengulas lock dengan alasan tidak berkesempatan, tiada line internet dan lain lain KEMUDIAN TERUS PAYMENT BAGI ITEM YANG SUDAH DI LOCK PEMBELI LAIN, untuk individu begini tindakan serta merta akan di ambil iaitu :

- Menganggap ia sebagai sebuah tindakan menceroboh PRIVASI PELANGGAN KAMI kerana tidak menghormati polisi sedia ada 





PENGHANTARAN ITEM

1. Penghantaran barang ialah " what u see is what u will get " , sebelum menuduh kami menghantar item berbeza, sila telitikan urat batu yang anda dapat dengan urat batu di dalam gambar Blog ini dan kumpulan lain. Atau anda akan diisukan kepada peguam kami demi melindungi nama baik Pihak GB**jika anda menjatuhkan Nama Kumpulan GB baik di media maya, secara terang atau sindiran**. ( belum pernah berlaku lagi )

2. Jika item anda Ghoib atau dicerobohi individu lain , kami akan mengembalikan 100% wang atau ia boleh disimpan bagi item belian lain.

3. Pihak kami tidak akan menggantikan barang yang hilang semasa proses penghantaran , samada dicuri posmen, jiran atau individu yang menyamar, jika kes ini berlaku, anda sendiri perlu melaporkan kepada PDRM dan membawa salinannya ke Pos Berhampiran, insyallah serta merta Pos Akan keluarkan barang anda dengan pelbagai alasan , alasan paling popular mereka selalu beri ialah item tersepit celah van..... Taktik ini dah 4x menjadi..sure 1 pejabat pos terkencing dalam seluar.Paling tak pun muka pucat macam mayat.

4. Pihak GB membuat penghantaran Setiap hari kecuali cuti Jumaat dan sabtu tidak seperti KL dan WP... 




PENGHANTARAN ITEM LUAR NEGARA / LUAR SEMENANJUNG 

1. Kos Pos Di dalam Malaysia adalah PERCUMA, Kecuali Bagi Item Bukan Geliga dan barangan Mistik ( Etc : Pherofish )

2. Item penghantaran ke luar negara adalah mengikut kadar yang sudah ditetapkan pos Malaysia ( Etc : Singapura RM 60 )

3. Ada pelanggan yang membeli banyak/kumpul bayar pakai paypal... diingatkan paypal memotong payment anda amat banyak sekali, sementara kos pos anda hanya untuk 1 barang sahaja... jadi sila fikir sendiri berapa perlu anda tambah ( Kesilapan ini sudah diperbetulkan , mesej ini untuk pelanggan baharu sahaja )

4. Penghantaran LUAR NEGARA KAMI adalah FIRST CLASS, item pesanan anda akan sampai kurang dari 15 hari.... 




LAIN LAIN..

1. Akan di tambah kemudian Jika ada.... jika belum sempurna , sila beri CADANGAN anda 







79 ulasan:

  1. jangan lupa klik g+ sorang sekali kalo penyokong tegar pihak GB hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. TEGAR*Ku yg dlo bkn la yg skarng..Roger paham TOK.

      Padam
    2. Sy memang sokong tok sesangat..nak jadi anak murid tok boleh tok?

      Padam
    3. Sy memang sokong tok sesangat..nak jadi anak murid tok boleh tok?

      Padam
  2. Klik G+ da tentu tok..Tak mis punya

    BalasPadam
  3. a'ah... tang paypal dia potong byk tok... hahaha... tak apa la.. GB di hatiku... =))

    BalasPadam
  4. Sy syor keputusan ni kena setiasa dipaparkan di muka utama blog tok belah kanan @ tempt yg mudah dilihat supaya setiap org baru masuk akan baca dulu sebelum berurusan.

    BalasPadam
  5. salam Tok Mat. Saya ni kira org baru. bolih tok jelaskan secara detail tentang:
    a) Deposit Rm50 atau bukan 50% diangap"WUKKS"
    b) Dposit lebih tempoh perjanjian akan diangap hangus
    c) Tempoh lock bdeposit hanya sah seminggu
    Tkasih dapat pencerahan drp tok

    BalasPadam
    Balasan
    1. cukup lah kot untuk faham bahawa.. LOCK BERDEPOSIT bertujuan untuk menyediakan kemudahan bagi memanjangkan lagi tempoh untuk pembayaran... sebab kalau LOCK tanpa DEPOSIT, ianya sah selama 3 hari sahaja... maka sebab itu ada antara rakan2 kita , kita lihat dalam menggunapakai LOCK BERDEPOSIT untuk mendapat lebih tempoh untuk pembayaran... maka selepas diberi kemudahan begitu, sekiranya masih tidak dapat melakukan pembayaran penuh... wang deposit dianggap hangus... selepas ini LOCK BERDEPOSIT 50% hanya dibenarkan untuk item yang melebihi RM700 SAHAJA....

      PERKATAAN HARI INI...

      WANG HANGUS
      = Jadi Milik GB sepenuhnya tanpa perlu ganti rugi..

      DEPOSIT = Wang Pendahuluan..

      =)) ... harap membantu... =))

      Padam
    2. emmmmm, nampak gaya nya mereka yang bergaji bulan
      ngences weye lah bila ada item idaman keluar.cadangan item rm200 ke 700 juga dibenarkan deposit 25% atau 50% dan tempoh bayar penuh 2 minggu. Minta Tok pertimbangkan golongan yang berpendapatan bulanan

      Padam
    3. Tak boleh begitu tuan. Rezeki masinng2. Anak bini bg makan dulu. Itu amanah. Apa yg tok jual kat sini mostly ialah wants bkn needs. Sendiri kena pandai atur bajet masing2 tuan. Klu x mmp jgn paksa...

      Padam
    4. Sy setuju dgn katè2 master seth

      Padam
  6. assalammualaikum tok ... maaf bertanya tok, camner nak jadi ahli GB ...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum tokmat.Ada kah paypal dimansuhkan atau maseh boleh digunakan? Mohon penjelasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih boleh digunakan rasanya... cuma kena tunggu clear dulu baru barang dipos... camtu la kot yg pokcik paham.. haha

      Padam
    2. Paypal terus masuk. Dan terus clear walau blm masuk bank. Yang tok maksudkan ialah payment by bank lain selain maybank sahaja.

      Paypal tidak di masuhkan

      Padam
    3. Alhamdulillah tq tok.
      Lupa nak klik g+.

      Padam
    4. heheh, klik jangan x klik, setiap page pun boleh klik jika sayangkan GB ok

      Padam
  8. Dah klik G+ tok.. Main belasah je walaupun x reti apo bondo G+ tu tok.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hohoho Trimas kepada yang tekan g+ tu. Moga Allah membalas dengan 1ribu kebaikan

      Padam
  9. Hanya yang terbaik dari TMGB!!! Syabas!!!!

    BalasPadam
  10. Semoga perjalanan GB beroleh kelapangan terbaik buat semua..

    BalasPadam
  11. Semoga perjalanan GB beroleh kelapangan terbaik buat semua..

    BalasPadam
  12. Tok minta izin salin keputusan mesyuarat.

    BalasPadam
  13. Yeah! G+ untok tok., biase kt sekolh A+ ..takut dnga g+ tp kt sni lain pulk. Huhuhu

    BalasPadam
  14. stuju dgn kputusan mesyuarat tok n geng.. trbaik tmgb.

    BalasPadam
  15. Salam tok, sy ada cadangan berkenaan tentang mewujudkan satu page khas bagi design badan2 cincin yang tok ada skrg bagi membolehkan pelanggan membuat pilihan untuk mengikat permata cincin yang di beli dari blog ni.

    BalasPadam
  16. Salam tok..macam mana nak jadi ahli?maaf, saya org baru

    BalasPadam
  17. Salam Tok .... saya dari Singapura,,, boleh saya self collect di Johor ? atau bagaimana yg mudah utk saya terima barang pesanan dari GB ...(tanpa express post)..?? tksh Tok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum wbt tuan. Dulu kita ada buat. Skrg kita sudah berpindah ke jelebu. Oleh demikian COD di jb sudah tiada

      Padam
  18. Salam tok. Bukan ke pejabat operasi dh pindah ke N9? Masih ada couirier dr Johor ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jhr xda lagi. Tapi lepas lepas ni kita tatau sebab kita masih ada 2 rumah kompeni di sana tuan

      Padam
  19. Salam tok, sy dh send slip payment n details ke evernote, jd arahan di atas tulis send ke whatsapp or viber plak... Jd sy perlu send ke viber or whatsapp plak ker?, tgh menunggu brg sampai, br nk wat payment utk wat payment keatas brg lock sy yg lain2... Mintak pencerahan yer tok... Tima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan. Bukan semua tahu update di sistem kami tuan. Jadi bagi yg belum tahu maka boleh pm viber atau whatsup. Tapi kita sasarkan lebih separuh cust boleh dan mampu menggunakan khidmat terbaru kita bagi menggelakkan keciciran order

      Padam
  20. Salam Tok Mat. Mohon buat video penerangan tentang bagaimana nak antar order dan email ke Tokmatgb.dbb6a56@m.evernote.com. seperti contoh video sertai tapak gb. ORANG BARU? BACA!!! sAYA DAH CUBA TAK JADI JADI PUN TOK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lor.. nak buat mcm mana lagi ya huhu

      mintak kekawan tolong terangkan

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. terima kaseh atas makluman tuan, item tuan akan disemak semula..

      Memang terdapat kelemahan item yang UPLOAD sebelum kami berpindah, sana sini item selerak.. akibat tidak amanah dalam kerja ( director lama ), kerana itu kita sekarang ada kelam kabut sikit, namun bagi item baru naik selepas kami pindah, semua tersusun kemas....

      Mesej tuan akan tok masukkan dalam sistem sekarang

      T.kaseh

      Padam
    5. tadi tok drive dari perlis-jelebu non stop tuan... kalut jugak la..sebab tu tak angkat hp... paling slow bawak bila nak perlahan kan radio dalam 140km/j haha

      Padam
    6. Salam tok, tima kasih brg dh sampai...

      Padam
  21. salam tok, mohon pandangan tok ttg MH370, ada teori terkini bahawasanya flight tersebut di ghaib sementara waktu oleh kerajaan jin dengan izin Allah s.w.t hdknyer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. di antara tarikan graviti dan atmosfera ada apa tuan?...

      Di ruang itu adanya satu ruang yang tidak akan turun dan tidak juga akan jatuh kecuali angin yang kuat seperti ribut melaluinya.... itu dari segi sains.

      Dari segi mistik, mungkin ada kaitan jika teori ini benar

      Padam
  22. Alhamdulillah, terima kasih tok d ats penjelasan ilmiah yg tok kongsikn bersama, moga kite berdoa bersama agar MH370 dlm kesejahteraan hdknyer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah moga Allah menghantar " angin " untuk menurunkannya......

      Padam
  23. Assalam..bru fhm..huhu.trima ksh tok mat

    BalasPadam
  24. Maaf tok mat sy x prsan psl undang2 nie..sbb x papar versi web..pkai hset..

    BalasPadam
  25. maaflah tok saya pun tak perasan undang ini.harap maafkan hamba yg bebal ni yer tok

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum tok...baru sye faham...org bru dlm blog ni..:-)...trimas...

    BalasPadam
  27. salam tok, saya org baru mohon pencerahan. contoh ada 2 item tk dmahar, kedua-dua nya dah d lock.. boleh tak sa "grab" salah satu item tsebut.. & buat pymnt.. tkasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika payment belom di buat selepas 3 hari lock, maka tuan boleh grab

      Padam
  28. salam sejahtera tok, saya budak baru ..

    BalasPadam
  29. salam sejahtera tok, saya budak baru..

    BalasPadam
  30. salam tok memang terbaik tok..tpi klo sya ad buat silap dan salah sya mintak maaf ya tok..sya ni org nya jenis lmbat paham

    BalasPadam
  31. Salam tok kalu ada slh maaf ye biasa la budak baru xtau apa2 lg hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah xda masalah, page ni memang selalu keluar masuk dalam blog utk mengingati...

      Kalau lock dah bagitau bila nak mahar, takda masalah tuan, masalahnya ada yang lock, terussss diam... susah la mcm tu

      Padam
  32. Klik g+ saya penyokong baru hampir2 nk tegar kikikikikiki

    BalasPadam
  33. Assalam tok, kalau lock n payment dinyatakan pada tarikh tertentu dikira mcm mane?? Sah ke tidak

    BalasPadam
    Balasan
    1. takda masalah, asalkan bagitau tuan... tok terbitkan semula page ini sebagai peringatan sahaja, page ni dah 3x ulang alik di terbitkan

      Padam
    2. Tq tok moga sukses gb utk masa kedepan

      Padam
  34. Assalam tok..saya pun kadang2 ada lock tapi disebabkan ada masalah kewangan sikit...saya lupa hendak unlock balik...harap tok dpt maafkan saya...
    :(

    BalasPadam
  35. tok..sy lain pulak kes...sy nak tau lebih lanjut pasal barang,tp xdak org yg sudi layan...

    BalasPadam
  36. tok..sy lain pulak kes...sy nak tau lebih lanjut pasal barang,tp xdak org yg sudi layan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerana ini ialah halaman memaharkan tuan, untuk pertanyaan silakan tuan wassup tok direct sahaja 0196046861

      Padam
  37. Nak tanya tok klu nak bank in masih no akaun my gemstone atau limbungan maya sdn bhd ka..

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN