Isnin, 6 November 2017

GELIGA ULAR TEDUNG HITAM (HYPER RARE)



































Alhamdulillah..Geliga Ular Tedung Hitam ini kita perolehi kali ke-3 semenjak post pada tahun 2012 dahulu bertarikh 16.2.2012

Anda boleh merujuk di sini akan halaman tersebut :



Tedung Hitam atau nama biasanya ular tedung senduk mempunyai kehebatan in sya Allah:

Penunduk manusia

Mentawarkan bisa binatang berbisa 

Dan selama kajian kami semenjak tahun 2012 kegunaannya bukan sekadar di sini sahaja ia mempunyai kekuatan yang mampu memberi pemakainya menjadi hebat di dalam perubatan dan juga persilatan ( anda nak kena ada silat la dulu ) perubatan cukuplah memakai amanah perguruan kami iaitu Bismillah dan Al-Fatehah.

Batu direndamkan ke dalam air dan di bacakan amanah kami dan di tiup, beri pesakit minum,dan sapu di mukanya , tengkuknya dan dadanya insyallah.

Maaf, ada 3 ni saja..jgn tanya stok dapor na..


Kod Produk : GUTH 291017
Bentuk : G.Ular tedung Hitam
MAHAR : RM 450

Promo: RM 200 


23 ulasan:

  1. Ya Allah cantiknya warna menawan nampak energy dia walau dalam gamba huhhh menduga betul la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. memang cantik tuan.. tambah pulak hyper rare. jarang sgt dpt

      Padam
    2. Tula tok kalau ada rezeki saya bulan ni bole ambil nampak tok energy dia mmg rare memduga menduga insyallah ada rezeki kemudian hari saya ngapppp terus.

      Padam
  2. Salam tok mat. Saya nak tanya tentang dua hajat ni, ada tak item yang membolehkan kita berjalan jauh sekelip mata dan yang membolehkan kita bercakap dalam apa2 bahasa asing

    BalasPadam
    Balasan
    1. w.salam wbt tuan, brg mcm tu sudah tentu ada, tapi untuk pengetahuan tuan , pihak mason ( yahudi ) dah mula mengutip artifak artifak begini sejak lama dulu , sejak zaman selepas nabi Sulaiman AS lagi tuan. Yang mana mereka bolot semuanya mereka nak kita org islam menolak, agar kelebihan itu hanya mereka kecapi.

      TApi jika ilmu memang ada ilmu 2 jenis ini. tapi kena belajar di Indon, di Malaysia ilmu hebat hebat tak dapat berkembang di sebabkan generasi generasi pembelot yang sering mengkondemkan dan menjatuhkan semangat kemelayuan untuk mengamalkannya, ia di Ayat ayat Suci juga


      Mereka tidak pernah membaca kitab :

      1. Kitab Sebab sebab ayat di turunkan ( Asbab asbab turunnya ayat )

      Padam
  3. Jika saya hendak menuntut dengan tok ilmu ilmu ni boleh ke tok? Untuk ke indonesia agak mencabar untuk cari gurunya dan agak jauh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tok masih ada lebih 8 tahun untuk tidak mengajarkan ilmu begitu tuan, nak seribu daya tuan.. tambang ke indon tak habis rm 2000 sorang ke sana, tuan boleh dok sana 1 bulan untuk mencari guru dan belajar

      Padam
  4. Terima kasih banyak tok di atas nasihat dan tunjuk ajar. Satu lagi saya nak tanya tok ada tak batu geliga yang sesuai untuk merawat penyakit angin medu keturunan dan uluran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama,

      untuk angin medu batu yang sesuai tu hari setahun lepas ada, sekarang takda lagi, tapi tok sarankan ambil batu sungai, panaskan dan demah insyallah, ni masalah urat ni sebenarnya , kena cari urat yang betul dna demah

      Padam
  5. Smoga dpt memaharkan dr tokmat item ini ke depan hari..jika rezeki saya insha Allah xkemana☺

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah payment done to Bonda JJ. 😉 DAH lama tak beli batu koleksi dari Tok Mat GB..👍

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN